Sunday 4 December 2011

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


RANCANGAN PENGAJARAN  HARIAN

Rancangan Pengajaran Harian
Mata pelajaran:                        Bahasa Malaysia
Kelas:                                      Tahun 3 Jingga
Tarikh:                                     3 November 2011
Masa:                                       8:30 pagi – 9:00 pagi ( 30 minit )
Bilangan murid:                      30 orang
Bidang pelajaran:                    Murid cemerlang

Objektif pembelajaran:   
        
                         Di akhir pembelajaran ini, murid dapat:
                        A:                    Menguasai isi kandungan pelajaran
a.       Membaca dialog dengan menggunakan intonasi dan sebutan yang tepat dan jelas.
b.      Mengenal pasti kata seru dalam petikan.
                        B:                    Membina kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir
a.       Mengenal pasti kata seru dalam ayat.
b.      Melengkapkan ayat dengan kata seru yang sesuai.
                        C:                    Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni       
a.       Bekerjasama dalam perbincangan kumpulan.
b.      Berusaha menjadi murid cemerlang.

Konsep / prinsip / hokum / teori: Kata Seru ( Amboi , Eh , Oh , Wah , Syabas )

Bahan,peralatan dan bahan sumber: buku teks , gambar , kad perkataan , kertas mahjong ,  marker pen , lembaran kerja
Pengetahuan sedia ada : Murid pernah menggunakan kata seru dalam pertuturan harian.

Fasa
Isi kandungan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Nota
Permulaan/ Mencungkil idea
( 5 minit )
( Rujuk Lampiran 1 a)

Konsep/ Kandungan teks:

( 1 ) Tanda Seru ( ! ) diletakkan di  hujung ayat seruan.


1) Guru 
menunjukkan gambar
( lampiran 1a ).


2)Bertanya kepada murid  perasaan-perasaan budak di dalam gambar.

3)Membuat kesimpulan:
Kata seru ialah kata yang digunakan untuk menggambarkan perasaan seseorang seperti marah, sedih, gembira, sakit, hairan, kagum, terkejut, dan sebagainya. Cara penggunaan kata seru disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi atau menurun. Dalam Bahasa Melayu, kata seru digunakan untuk membentuk
ayat seruan
( mempunyai tanda seru ! ).
1)Murid memerhati gambar.



2)Murid menjawab soalan.


3)Murid memberi maklum balas.
Strategi/Teknik:
Penyoalan keseluruhan kelas menggunakan gambar.

BBM: gambar
Menstruktur
( 10 minit )
( Rujuk Lampiran 1b)

Konsep/ Kandungan teks:
( 1 ) kata seru di dalam dialog. Jawapan :  Wah  dan Oh.











( 2 ) kata seru yang lain iaitu : Amboi , Eh dan Syabas.


(  Rujuk Lampiran 1c )

1)Guru membahagikan kelas kepada 3 kumpulan untuk mamainkan watak dengan  membaca dialog di Buku Teks Bahasa Melayu ( Muka Surat : 23 ) dengan sebutan dan intonasi yang tepat.

2)Guru meminta murid mencari kata seru di dalam dialog.
Jawapan : Wah dan Oh

3)Guru memberi contoh kata seru yang lain seperti : Amboi , Eh , dan Syabas.

( 4 )Guru menunjukkan kad perkataan 5 kata seru ( Oh , Wah , Amboi , Eh dan Syabas ) dan menerangkan penggunaan kata seru Oh , Wah , Amboi , Eh dan Syabas.


1)Murid memainkan watak dengan membaca dialog dengan sebutan dan intonasi yang tepat.







2)Murid memberi respons.
Strategi  / Teknik:
Membaca

BBM:
Buku Teks


Nilai:
Bertanggungjawab,
Tekun











BBM:
kad perkataan

Aplikasi
( 10 minit )
Tugasan kumpulan :

Melengkapkan ayat dengan kata seru yang sesuai.
Rujuk : Lampiran 1d
1)Guru membahagikan murid kepada 6 kumpulan.

2)Setiap kumpulan dibekalkan kertas mahjong dan marker pen.


3)Guru menunjukkan soalan.

4)Guru berbincang jawapan dengan murid.
1)Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan.

2)Murid-murid berbincang dan menjawab soalan di kertas mahjong.

3)Murid mempamerkan jawapan.
Strategi / Teknik:
Aktiviti dalam kumpulan, Perbincangan dalam kumpulan.

BBM: kertas mahjong, marker pen

Nilai: Bekerjasama
Refleksi / Penutup
( 5 minit )
( Rujuk lampiran 1e )
1)Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid.

2)Guru memantau dan memberi panduan semasa murid menyiapkan lembaran kerja.
1)Murid menyiapkan lembaran kerja secara individu.
Nilai:
Berdisiplin, kerajinan


BBM: lembaran kerja













UPIN & IPIN - Rasa Sayang ( Bahagian 3 )

UPIN & IPIN - Rasa Sayang ( Bahagian 2 )

UPIN & IPIN - Rasa Sayang ( Bahagian 1 )

UPIN & IPIN - Seronoknya Membaca ( Bahagian 2 )

UPIN & IPIN - Seronoknya Membaca ( Bahagian 1 )

UPIN & IPIN - Lama Tetapi Berharga ( Bahagian 3 )

UPIN & IPIN - Lama Tetapi Berharga ( Bahagian 2 )

UPIN & IPIN - Lama Tetapi Berharga ( Bahagian 1 )

Saturday 3 December 2011

Latihan Penulisan Bahasa Malaysia ( Bahagian A )

Penulisan Bahasa Malaysia (Bahagian A) - 10 markah


Tulis lima ayat yang lengkap berdasarkan aktiviti-aktiviti dalam gambar.


 




Siapa
Buat apa
Kata sendi / kata hubung
Perluasan Ayat  (bagaimana/ di mana / mengapa)
1




2




3




4




5





















 Salin semula ayat-ayat di atas.
1.        ________________________________________________________

2.        _________________________________________________________

3.       _________________________________________________________

4.         ________________________________________________________

5.         ________________________________________________________