Saturday, 5 November 2011

Smartboard

Penggunaan SMARTBOARD dalam P&P


Smartboard dengan maksud lain ialah papan pintar atau papan putih interaktif elektronik. Smartboard ialah sebuah peranti persembahan yang bersemuka dengan sebuah komputer. Imej komputer dipaparkan ke atas papan oleh projektor yang boleh ditonton dan dimanipulasi. Pengguna boleh mengawal kedua-dua perisian daripada komputer dan dari papan.

Dalam sebuah bengkel seminar para menteri sempena The British Educational Technology Show (BETT 2007), apabila peserta-peserta dari pelbagai negara ditanya tentang apa yang mereka harapkan ada di sekolah mereka berdasarkan keutamaan, hampir 70 peratus menyatakan interactive whiteboard atau papan putih interaktif (IWB). Mereka diminta memilih antara akses jalur lebar, `connectivity’, komputer peribadi (desktop dan notebook) dan beberapa item pembelajaran berasaskan teknologi maklumat (IT). Respon ini menunjukkan bahawa peserta-peserta ini melihat kegunaan besar papan putih di dalam kelas di sekolah-sekolah negara mereka.

Direkodkan hampir 600,000 papan putih interaktif dijual di seluruh dunia menghasilkan jualan mencecah US $1 billion dalam tahun 2008. Dianggarkan setiap satu daripada enam kelas di dunia akan mempunyai papan putih interaktif menjelang 2012.

Dikatakan juga dalam tahun 2004, hanya 26 peratus sekolah rendah di British mempunyai papan putih interaktif. Namun dalam tempoh tiga tahun, menurut bancian British Educational Communications and Technology Agency (Becta) 2007, 98 peratus daripada sekolah rendah dan 100 peratus sekolah rendah British telah mempunyai papan putih interaktif.

Bagi golongan yang sinikal terhadap teknologi, papan putih interaktif hanyalah sekadar satu lagi perkakasan dalam pendidikan. Bagaimanapun bagi ramai pihak di seminar para menteri tersebut, ia bukan sekadar perkakasan IT, tetapi apabila digandingkan dengan perisian interaktif yang baik dan mesra pengguna, connectivity, akses jalur lebar yang berkesan serta latihan kepada guru, ia berupaya untuk mengubahkan pendekatan, mood dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam kelas.

Dengan perisian,`features’ dan aplikasi yang disertakan dengan papan putih interaktif ini, guru-guru boleh membangunkan bahan-bahan P&P dengan begitu mudah dan boleh menambah baikkannya dari semasa ke semasa. Dengan jumlah pengguna (user base) yang tinggi di seluruh dunia, mereka juga boleh berkongsi bahan P&P dan memuat turunkannya dari capaian web tertentu. Ini banyak menjimatkan masa mereka untuk menyediakan bahan P&P.

Pendekatan dengan murid di dalam kelas juga menjadi berbeza. Murid turut dilatih menggunakannya untuk belajar dan membentangkan tugasan. Semua ini akhirnya menjadikan persekitaran P&P dalam kelas amat interaktif dan tidak membosankan walaupun di sekolah tertentu di UK, waktu kelas boleh mencecah sehingga 160 minit!

Justeru tidak menghairankan jika ramai guru di United Kingdom (UK), Australia dan Canada dan begitu teruja menggunakannya di dalam kelas sehinggakan mereka tidak lagi boleh mengajar dengan baik tanpa papan putih interaktif. Lawatan saya ke beberapa buah sekolah di Australia dan UK menunjukkan guru bagi semua subjek amat bergantung pada `features’ yang ditawarkan oleh papan putih interaktif ini.

Pedagogi

Apa itu PEDAGOGI?

Pedagogi ialah kajian mengenai pengajaran, khususnya pengajaran dalam pendidikan formal. Dengan kata lain, ia adalah sains dan seni mengenai cara mengajar di sekolah. Secara umumnya pedagogi merupakan mata pelajaran yang wajib bagi mereka yang ingin menjadi guru di sekolah. Sebagai satu bidang kajian yang luas, pedagogi melibatkkan kajian mengenai proses pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah dan juga interaksi guru-pelajar.

Dari segi etimologinya, perkataan Pedagogi datangnya daripada bahasa Yunani paidagogos, hamba yang menghantar dan mengambil budak-budak pergi balik dari sekolah. (lihat Paideia.) Perkataan “paida” merujuk kepada kanak-kanak, yang menjadikan sebab kenapa sebahagian orang cenderung membezakan antara pedagogi (mengajar kanak-kanak) dan andragogi (mengajar orang dewasa). Perkataan Yunani untuk pedagogi, pendidikan, adalah digunakan dengan lebih meluas, dan seringkali kedua-duanya boleh ditukar guna.

[sunting] Taksonomi Bloom

Pedagogi moden selalunya membahagikan fungsi pengajaran kepada tiga bidang, yakni apa yang dimaksudkan sebagai taksonomi Bloom. Menurut taksonomi bloom, pengajaran boleh terbahagi kepada:
  • Bidang Kognitif
    Berkenaan dengan aktiviti mental seperti kefahaman, pengetahuan dan analisa.
  • Bidang Afektif
    Berkenaan dengan sikap dan sahsiah diri.
  • Bidang Psikomotor
    Berkenaan dengan aktiviti fizikal seperti kemahiran hidup, pertukangan, dan sukan.
Ketiga-tiga bidang ini nampaknya begitu tersendiri sifatnya, tetapi dalam keadaan pengajaran-pembelajaran semula jadi, pengasingan ketiga perkara ini selalunya tidak wujud. Contohnya, apabila seorang guru ingin mengajar seorang pelajar menulis, dia perlu mengajar pelajar itu cara memegang pencil(bidang psikomotor); bentuk huruf dan maknanya(bidang kognitif); dan juga harus memupuk minat untuk belajar menulis(bidang afektif).

[sunting] Topik dalam pedagogi

Pedagogi merupakan satu ilmu yang luas dan mendalam. Pembincangannya boleh dibahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu:
Pada lazimnya, seorang bakal guru akan menerusi kedua-dua bidang ini sebelum menjadi seorang guru. Tetapi bersamping itu, dia juga harus mempelajari perkara-perkara seperti pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah, kurikulum sekolah, Perlakuan Mengajar, Interaksi Guru-Pelajar dan sebagainya.


Amalan pengajaran dan pembelajaran yang kurang berkesan

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=Gekrof2TQFo

Amalan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan