Sunday 30 October 2011

TATABAHASA

KONSEP ASPEK TATABAHASA

 Aspek tatabahasa  merujuk kepada keupayaan murid  menguasai perkara asas dalam pembentukan kata dan  ayat serta menggunakan tatabahasa mengikut cara dan  sistem yang betul semasa membina ayat.   Selain itu, aspek sebutan, intonasi dan semantik serta penggunaan peribahasa dan perbendaharaan kata yang betul juga diberi penekanan.

 Pengajaran dan pembelajaran tatabahasa diberi penekanan melalui penggabungjalinan kemahiran bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran.

OBJEKTIF ASPEK TATABAHASA
Objektif Aspek Tatabahasa adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan: 
i. memahami dan menggunakan kata nama am, nama khas, kata ganti nama  diri pertama dan kedua serta kata kerja  dengan betul;
ii. memahami dan menggunakan kata adjektif warna dan  kata hubung  dengan betul;
iii. memahami dan menggunakan kata tanya merujuk manusia dan benda dengan betul; 
vi.  menggunakan imbuhan awalan dan akhiran dengan betul; dan
v. memahami dan membina ayat dasar dengan pola FN + FN , dan FN + FK dengan betul.




No comments: