Apa itu PEDAGOGI?
Pedagogi
ialah kajian mengenai pengajaran, khususnya pengajaran dalam
pendidikan formal. Dengan kata lain, ia adalah sains dan seni mengenai
cara mengajar di sekolah. Secara umumnya pedagogi merupakan mata
pelajaran yang wajib bagi mereka yang ingin menjadi guru di sekolah.
Sebagai satu bidang kajian yang luas, pedagogi melibatkkan kajian
mengenai proses pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah,
organisasi sekolah dan juga interaksi guru-pelajar.
Dari segi etimologinya, perkataan Pedagogi datangnya daripada bahasa Yunani paidagogos, hamba yang menghantar dan mengambil budak-budak pergi balik dari sekolah. (lihat Paideia.)
Perkataan “paida” merujuk kepada kanak-kanak, yang menjadikan sebab
kenapa sebahagian orang cenderung membezakan antara pedagogi (mengajar
kanak-kanak) dan andragogi (mengajar orang dewasa). Perkataan Yunani untuk pedagogi, pendidikan, adalah digunakan dengan lebih meluas, dan seringkali kedua-duanya boleh ditukar guna.
[sunting] Taksonomi Bloom
Pedagogi
moden selalunya membahagikan fungsi pengajaran kepada tiga bidang,
yakni apa yang dimaksudkan sebagai taksonomi Bloom. Menurut taksonomi
bloom, pengajaran boleh terbahagi kepada:
- Bidang Kognitif
Berkenaan dengan aktiviti mental seperti kefahaman, pengetahuan dan analisa. - Bidang Afektif
Berkenaan dengan sikap dan sahsiah diri. - Bidang Psikomotor
Berkenaan dengan aktiviti fizikal seperti kemahiran hidup, pertukangan, dan sukan.
Ketiga-tiga
bidang ini nampaknya begitu tersendiri sifatnya, tetapi dalam keadaan
pengajaran-pembelajaran semula jadi, pengasingan ketiga perkara ini
selalunya tidak wujud. Contohnya, apabila seorang guru ingin mengajar
seorang pelajar menulis, dia perlu mengajar pelajar itu cara memegang
pencil(bidang psikomotor); bentuk huruf dan maknanya(bidang kognitif);
dan juga harus memupuk minat untuk belajar menulis(bidang afektif).
[sunting] Topik dalam pedagogi
Pedagogi merupakan satu ilmu yang luas dan mendalam. Pembincangannya boleh dibahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu:
Pada
lazimnya, seorang bakal guru akan menerusi kedua-dua bidang ini
sebelum menjadi seorang guru. Tetapi bersamping itu, dia juga harus
mempelajari perkara-perkara seperti pengurusan bilik darjah, organisasi
sekolah, kurikulum sekolah, Perlakuan Mengajar, Interaksi Guru-Pelajar
dan sebagainya.
*Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Pedagogi
No comments:
Post a Comment