Refleksi Mikropengajaran
KEKUATAN
Kelebihan
dan kekuatan yang dapat dikesan dalam menjalankan tugasan
microteaching ialah ketegasan dan kelantangan suara. Suara yang lantang
akan memudahkan murid mendengar seterusnya membantu pemahaman murid
terhadap apa yang disampaikan oleh guru. Selain itu, kelantangan suara
juga menunjukkan ketegasan dalam menyampaikan sesuatu. Hal ini kemusian
akan memberi kesan kepada tumpuan dan fokus murid. Murid akan lebih
tertumpu kepada penyampaian isi pelajaran tanpa menghiraukan
gangguan-gangguan lain. ketegasan dalam menyampaikan pelajaran juga akan
membuatkan murid lebih hormat kepada guru.
Kejelasan memberikan arahan juga merupakan kekuatan yang dikenalpasti
dalam penyampaian pelajaran. Kejelasan penyampaian memainkan peranan
dalam kefahaman murid. Hal ini sangat berkaitan dengan tindakan susulan
murid. Arahan yang diberi jelas, memudahkan murid faham, seterusnya
melakukan tugas mengikut arahan dan panduan yang diberikan. Tindakan
susulan oleh murid yang tepat menunjukkan kefahaman murid terhadap
penyampaian guru berkenaan isi pelajaran.
KELEMAHAN
Kelemahan
dan kekurangan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan tugasan
microteaching ialah ketepatan mengikut masa yang ditetapkan. Ketepatan
masa penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (PnP)
berjalan dengan baik dan lancar. Berdasarkan perbandingan rakaman dan
rancangan pengajaran harian (RPH) yang telah dibuat, didapati masa yang
digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak seiring.
Hal ini disebabkan terdapatnya gangguan-gangguan dan hal-hal lain yang
menyebabkan masa yang lebih diambil untuk melakukan sesuatu langkah.
Bagaimanapun, masa keseluruhan pengajaran tidak terlalu terjejas.
Kelemahan dan kekurangan seterusnya ialah masalah dalam pemantauan
kelas. Guru didapati hanya berada di hadapan kelas sahaja tanpa
memantau aktiviti murid di setiap penjuru kelas. Guru seharusnya
berjalan dan memantau setiap aktiviti murid. Melalui cara itu, guru
dapat mengawal keadaan dan suasana kelas dengan lebih baik. Selain itu
juga, guru dapat membantu murid dengan lebih dekat.
LANGKAH MENGATASI
Setiap
kelamahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambah baikan bagi
meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan
kelemahan dan kekurangan dalam tugasan microteaching, penambah baikan
yang perlu dilakukan ialah ketepatan penggunaan masa menyampaikan
pelajaran serta pemantauan murid di dalam kelas. Guru perlu menepati
ketetapan masa seperti yang ditentukan dalam RPH. Ketetapan masa perlu
diikut bagi melancarkan proses PnP. Hal ini juga akan memudahkan guru
menyelesaikan setiap bahagian penyampaian pengajaran dari permulaan
sesi pengajaran hingga tamat.
Guru
perlu sentiasa bergerak dan berjalan ke setiap sudut kelas bagi
memantau dan melihat setiap aktiviti yang dilakukan oleh murid ketika
PnP berjalan. Kaedah ini sangat membantu guru dalam mengawal murid di
dalam kelas, sama ada mengawal tingkah laku murid, atau membantu
ketidak fahaman murid terhadap pelajaran secara seta merta. Perkara ini
perlu dilakukan oleh setiap guru dalam proses PnP di dalam kelas. Ia
menunjukkan interaksi dan komunikasi yang berkesan antara guru dengan
murid.
No comments:
Post a Comment